Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 02 Oktober, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-10-03T08:14:59

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 02 Oktober, 2017

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 02 Oktober, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini dilihat berdagang di atas kenaikkan Moving Average (MA) 50, yang memainkan peranan sebagai sokongan dan mengekalkan kecenderungan aliran menaik. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Walaupun kesinambungan pengukuhan harga tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa pendapatan peribadi meningkat sebanyak 0.2% pada bulan Ogos (seperti yang diharapkan) dan perbelanjaan peribadi naik 0.1% (seperti yang dijangkakan). Market News International mengumumkan PMI Chicago mencatatkan bacaan pada 65.2 pada bulan September (berbanding ramalan yang mengunjurkan bacaan 58.7, 58.9 pada bulan Ogos). Sementara University of Michigan mencatatkan indeks sentimen penggunanya pada skor 95.1 untuk bulan September (berbanding ramalan 95.3 yang telah diunjurkan sebelum ini, 96.8 pada bulan Ogos).

Kesimpulannya, selagi tahap 112.40 melindungi aliran penurunan harga, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mencari kesinambungan kenaikkan harga ke arah tahap 113.25 dan 113.50.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 112.40 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 112.20.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 112.40, Take Profit: 113.25

Tahap Rintangan: 113.25, 113.50 dan 114.00
Tahap Sokongan: 112.20, 112.00, dan 111.50

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...