Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Fundamental AUD/USD untuk 03 Oktober, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-10-04T02:17:04

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 03 Oktober, 2017

Pasangan mata wang AUD/USD telah diniagakan dalam arah aliran menurun sejak ia melantun daripada tahap rintangan 0.8020-80 pada baru-baru ini. Pada baru-baru ini, AUD diniagakan rendah berikutan laporan ekonomi yang lemah dan kenyataan dasar RBA, sementara USD telah diniagakan dalam aliran menaik yang kukuh. Pada hari ini, laporan Jualan Rumah Baru HIA Australia telah dikeluarkan dengan kenaikkan kepada 9.1% daripada nilai negatif sebelumnya -3.7%, Kelulusan Bangunan menunjukkan beberapa kenaikan kepada 0.4% berbanding nilai sebelumnya -1.2%, namun gagal memenuhi jangkaan 1.1 %. Dalam Kenyataan Kadar RBA, pengawal selia mengekalkan kadar tunai rasmi tidak berubah pada rekod terendah sebanyak 1.50%. Bagi mata wang USD, FOMC Powell dijadualkan akan bercakap tentang kadar faedah utama negara dan dasar monetari yang akan datang pada hari ini, ucapannya dijangka bersifat neutral. Laporan mengenai Jumlah Jualan Kenderaan diramalkan akan menyaksikan kenaikan kepada 16.9 juta daripada angka sebelumnya 16.1 juta. Kesimpulannya, AUD diniagakan agak lemah berikutan laporan ekonomi yang bercampur-campur pada hari ini telah menyebabkan kemerosotan pada mata wang AUD berbanding USD dalam dagangan jangka pendek dan sederhana. Sekiranya laporan ekonomi AS dan laporan fundamental yang lain mencatatkan bacaan yang positif pada hari ini, ini menandakan kesinambungan pergerakkan penurunan harga pada pasangan mata wang ini untuk bebrapa hari yang akan datang.

Sekarang mari kita lihat pada carta teknikal. Harga kini berada pada tahap sokongan 0.7750-0.7830 yang dijangka akan dapat melindungi harga daripada tekanan penurunan harga selanjutnya. Sekiranya harga menembusi di bawah tahap sokongan yang lebih rendah, 0.7750 dengan penutupan harian, maka kami menjangkakan pergerakan penurunan harga yang selanjutnya ke arah tahap sokongan 0.7630. Sebaliknya, jika harga menembusi tahap sokongan yang lebih tinggi, 0.7830 dengan penutupan harian, maka kami akan mempertimbangkan untuk mengambil pesanan membeli ke arah tahap 0.80 sekali lagi. Memandangkan harga kekal diniagakan di bawah paras dinamik EMA 20 dengan penutupan harian, maka prospek penurunan harga akan dilanjutkan.

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 03 Oktober, 2017

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...