Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Oktober, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-10-05T07:26:33

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Oktober, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Oktober, 2017

Pasangan mata wang ini menghadapi tekanan di bawah rintangan utama pada tahap 149.60. Indeks kekuatan relatif telah dihadkan oleh garis aliran menurun sejak 4 Oktober. Pound British telah membuat lantunan semula harga selepas menyaksikan penurunan selama dua hari, sebagaimana Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Marki/CIPS meningkat ke tahap 53.6 pada bulan September daripada 53.2 pada bulan Ogos.

Oleh yang demikian, selagi harga tidak menembusi pada tahap 149.60, adalah diramalkan bahawa harga akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun selanjutnya ke tahap 148.55. Penembusan harga di bawah tahap ini akan mencetuskan satu lagi penurunan ke tahap 148.15.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 149.60 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 149.90.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 149.60, Take Profit: 148.55

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 149.90, 150.25 dan 151.00

Tahap Sokongan: 148.55, 148.15, dan 147.75

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...