
Gambaran Keseluruhan
Perak seklai lagi diniagakan tidak menentu pada tahap sokongan utama 16.56 selepas membuat percubaan positif semalam. Ini mungkin menandakan percubaan harga untuk menembusi tahap sokongan yang dinyatakan dan melanjutkan gelombang penurunan harga pada jangka pendek sebagaimana sasaran seterusnya terletak pada tahap 15.49. Oleh yang demikian, kami akan mengekalkan gambaran keseluruhan penurunan harga kami dalam sesi dagangan akan datang yang disokong oleh EMA50, dengan menyatakan bahawa penembusan harga pada tahap 17.43 akan menghentikan senario negatif dan menyebabkan harga melanjutkan kenaikkan harga. Julat dagangan untuk hari ini diramalkan di antara tahap sokongan 16.40 dan tahap rintangan 16.70.