
Tinjauan Harian
Pada Februari 2017, arah aliran menurun untuk jangka pendek dilihat berada di sekitar zon bekalan yang digambarkan (0.7310-0.7380).
Walau bagaimanapun, penembusan kenaikan harga semasa di atas garis aliran menurun telah berlaku pada 22 Mei. Sejak daripada itu, pasaran harga telah diniagakan dalam aliran menaik seperti yang digambarkan pada carta.
Zon harga 0.7150-0.7230 (Zon-Utama) kekal sebagai tahap rintangan sementara sehingga penembusan kenaikkan harga dinyatakan di atas tahap 0.7230.
Ini akan mendorong kepada kesinambungan pergerakan menaik ke arah zon bekalan yang seterusnya di sekitar tahap 0.7310-0.7380 yang telah ditembusi buat sementara waktu untuk harga bergerak lebih tinggi.
Penarikan semula penurunan harga baru-baru ini dilaksanakan di sekitar harga 0.7310-0.7380 (zon permintaan baru yang ditubuhkan) dimana harga gagal menawarkan sokongan kenaikan harga yang cukup untuk pasangan mata wang NZD/USD.
Pengukuhan semula harga di bawah tahap harga 0.7300 meningkatkan pergerakan penurunan harga pasaran. Ini telah menggerakkan pasangan mata wang NZD/USD untuk diniagakan sekali lagi ke arah tahap 0.7230-0.7150 (tahap-utama) yang telah gagal untuk menghentikan momentum penurunan harga yang berterusan.
Corak "head and shoulder" telah dinyatakan pada carta yang digambarkan yang menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan membuat pembalikan penurunan harga.
Penembusan harga pada "neck line" di sekitar tahap 0.7150 akan mengesahkan corak pembalikan harga. Sasaran penurunan harga yang seterusnya didapati terletak di sekitar tahap 0.7050, 0.6925 dan akhirnya 0.6800.
Sementara itu, tahap harga 0.7050 perlu diperhatikan untuk penarikan semula kenaikan harga sebelum penurunan harga yang selanjutnya boleh berlaku.