
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan pergerakan harga ke tahap tertinggi di 0.9734. Pada carta H1. tahap 0.9734 bertepatan dengan 23.6% Fibonacci,dimana ia dijangka bertindak sebagai tahap sokongan kecil hari ini. Memandangkan arah aliran harga berada di atas tahap 23.6% Fibonacci, pasaran harga masih dalam arah aliran menaik. Tetapi, tahap sokongan utama dilihat pada tahap 0.9734. Seterusnya, arah aliran ini masih menunjukkan kekuatan melebihi moving average (100). Oleh itu, pasaran harga menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang disebut di atas, kerana prospek kenaikan harga kekal sama selagi 100 EMA menuju ke arah kenaikan harga. Oleh itu,tahap sokongan yang kuat akan didapati pada tahap 0.9734 menyediakan isyarat yang jelas untuk membeli dengan sasaran harga yang dilihat pada tahap 0.9808. Sekiranya pergerakan harga menembusi tahap rintangan kecil pada tahap 0.9808, pasangan mata wang ini akan bergerak ke atas bagi meneruskan perkembangan aliran menaik ke tahap 0.9836 untuk menguji double top.