Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-10-24T05:30:48

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan tidak menentu pada Isnin. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan dalam aliran harga yang jelas pada minggu ini, yang mana ia akan mendorong harga untuk diniagakan di atas garis rintangan pada tahap 1.1850 atau di bawah garis sokongan pada tahap 1.1700. Sehingga salah satu daripada dua sempadan tersebut ditembusi, kecenderungan di pasaran akan menjadi neutral.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

USD/CHF: Pada 23 Oktober, pasangan mata wang ini diniagakan dengan ketara di atas tahap rintangan 0.9850 dan harga kemudiannya bergerak di bawah tahap tersebut. Pada minggu ini, harga berkemungkinan akan mensasarkan pergerakkan menuju ke tahap rintangan 0.9900 dan 0.9950. Berikut adalah dua kemungkinan 1) Mata wang dolar AS mengukuh 2) Pasangan mata wang EUR/USD melemah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

GBP/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan kukuh pada semalam, dan harga kini dilihat sedang bergerak dalam aliran yang bertentangan dengan isyarat penurunan harga. Pergerakan itu akan dilihat sebagai kenaikkan harga dalam konteks aliran menaik sehingga wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.3300 ini berjaya ditembusi untuk kesinambungan aliran menaik. Kebiasaannya, pergerakan ke arah bawah dijangkakan dari tahap ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY memulakan dagangan dengan jurang harga yang kecil pada minggu ini, jatuh ke tahap bekalan 114.00 dan kemudiannya membuat pembetulan harga yang lebih rendah. Kecenderungan di dalam pasaran adalah menaik, dan oleh itu, harga diramalkan akan meningkat dari sini, menguji tahap bekalan yang terletak pada 114.00 sekali lagi, menembusi tahap tersebut untuk diniagakan lebih tinggi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

EUR/JPY: Apa yang berlaku pada pasangan mata wang EUR/JPY adalah hampir serupa dengan apa yang berlaku pada pasangan mata wang USD/JPY. Pasaran dibuka dengan jurang, menyentuh zon bekalan pada tahap 134.00 dan kemudiannya jatuh sebanyak 70 pips. Walau bagaimanapun, itu tidak mencukupi untuk menjejaskan kecenderungan kenaikan harga semasa. Oleh itu, kejatuhan dalam pasaran akan menjadi peluang untuk pedagang memasuki harga yang lebih baik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Oktober, 2017

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...