
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat tidak membuat pergerakan yang ketara semalam. Tiada sebarang perubahan dalam gambaran teknikal saya. Kecenderungan arah pergerakkan bagi pasangan mata wang ini kekal pada aliran menaik dalam dagangan jangka pendek menguji tahap 0.6849 atau lebih rendah. Pasangan mata wang NZD/USD ini telah menyaksikan penurunan daripada tahap 0.7067 ke 0.6972. Sekarang, harga ditetapkan pada tahap 0.6921 untuk bertindak sebagai sokongan kecil. Perlu diingatkan bahawa volatiliti pasaran adalah sangat tinggi untuk pasangan mata wang NZD/USD yang dilihat masih bergerak di antara tahap 0.7020 dan 0.6900 dalam beberapa jam yang akan datang.

- Selain itu, harga telah ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 0.7020 dan 0.7067, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 23.6%. Di samping itu, harga kini dilihat berdagang dalam saluran pennurunan harga. Menurut kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih dalam aliran menurun. Dari sudut ini, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan dalam arah aliran menurun ke arah rintangan baru yang terletak pada tahap 0.7067. Oleh yang demikian, harga 0.7067 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan mempunyai momentum penurunan harga yang agak meyakinkan dan struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Untuk menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.7067, pesanan menjual disyorkan diambil di bawah tahap 0.7067 atau 0.7021 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.6900 dan 0.6849. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus diletakkan di atas tahap 0.7067 (rintangan harian pertama).