Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-10-25T10:01:20

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD tidak menunjukkan sebarang pergerakkan harga yang ketara pada minggu ini. Walau bagaimanapun, pergerakan harga yang jelas dijangkakan akan kelihatan tidak lama lagi, sama ada harga akan bergerak di atas garis rintangan pada tahap 1.1850 atau di bawah garis sokongan pada tahap 1.1700. Sehingga harga menembusi pada salah satu daripada dua sempadan tersebut, kecenderungan di pasaran akan menjadi neutral.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah diniagakan dalam aliran menaik pada minggu ini, melonjak sebanyak 60 pips dan menguji rintangan yang terletak pada tahap 0.9900. Tahap rintangan akan ditembusi untuk aliran menaik pada hari ini atau esok sebagaimana harga dilihat mensasarkan pergerakkan ke arah rintangan seterusnya pada tahap 0.9950 dan 1.0000 (yang akan menjadi sukar untuk harga menembusi ke arah atas, kerana ia adalah merupakan tahap psikologi).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

GBP/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan lemah pada Selasa, untuk meletakkan lebih banyak tekanan terhadap penurunan harga baru-baru ini di dalam pasaran. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4-jam, dan harga telah bergerak di bawah wilayah pengedaran pada tahap 1.3150, sebagaimana pergerakan penurunan harga yang selanjutnya adalah diramalkan. Sasaran yang seterusnya untuk penurunan harga terletak di wilayah pengumpulan pada tahap 1.3100 dan 1.3050.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini diniagakan menaik dalam jangka pendek (meskipun pasaran agak tidak menentu). Tahap bekalan pada 114.00 telah diuji dan ia akan diuji sekali lagi, sebagaimana harga diramalkan akan meneruskan pergerakkan ke arah yang lebih tinggi ke tahap bekalan 114.50 dan 115.00, yang memerlukan momentum menaik yang kuat.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

EUR/JPY: Apa yang berlaku kepada pasangan mata wang EUR/JPY adalah hampir serupa dengan apa yang berlaku pada pasangan mata wang USD/JPY. Pasaran adalah menaik namun tidak menentu. EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas paras 50. Zon bekalan yang terletak pada tahap 134.00 telah diuji dan ia akan segera ditembusi untuk aliran menaik. Selagi harga diniagakan di atas zon permintaan pada tahap 132.50, prospek di pasaran akan terus meningkat.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 Oktober, 2017

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...