Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 November, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-11-01T07:56:59

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 November, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 November, 2017

Kami masih kekal pada ramalan semalam. Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Walaupun terdapat penarikan semula harga baru-baru ini daripada tahap 0.9995 (tahap tinggi 31 Oktober), pasangan mata wang ini masih disokong oleh garis aliran menaik sejak 30 Oktober. Kenaikkan pada Moving Average (MA) 50 menyediakan sokongan untuk pasangan mata wang ini. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum penurunan harga.

Dolar A.S. diniagakan kekal stabil sementara data ekonomi yang dikeluarkan menunjukkan bacaan yang lebih baik dan para pelabur kini dilihat sedang menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Fed selepas mesyuarat dua hari berakhir serta laporan kerja rasmi Oktober yang dijadualkan akan diketahui pada Jumaat. Indeks Dolar ICE ditutup pada tahap 94.55, berbanding 94.56 pada Isnin.

Oleh yang demikian, di atas tahap 0.9960, sila perhatikan lantunan semula harga dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.0030 dan 1.0050.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9960, Take Profit: 1.0030

Tahap Rintangan: 1.0030, 1.0050, dan 1.0075

Tahap Sokongan: 0.9935, 0.9900, dan 0.9850

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...