
Gambaran Keseluruhan:
- Dolar New Zealand (NZ) dilihat telah menguji zon harga 0.6889 - 0.6933. Pasangan mata wang NZD/USD ini berkemungkinan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik daripada tahap 0.6889. Walau bagaimanapun, rintangan pertama dilihat berada pada tahap 0.6933, dan diikuti oleh tahap 0.6963 dan 0.6981, manakala sokongan harian 1 terletak pada tahap 0.6889 (Penarikan semula Fibonacci 38.2%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan di antara tahap 0.6889 dan 0.6963. Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan kedua 0.6963, adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan melonjak naik menuju ke arah rintangan ketiga (0.6981) untuk mengujinya. Oleh itu, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan beli di atas tahap 0.6889 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6933 bagi membolehkan pasangan mata wang ini menguji rintangan harian 1 dan bergerak menuju ke arah tahap 0.6963. Juga, perlu diingatkan bahawa tahap 0.6981 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana harga akan membentuk 'double top' yang baru. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini menyaksikan penembusan harga pada tahap sokongan 0.6889, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 0.6840 boleh berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga