EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD cenderung untuk diniagakan dalam aliran menurun, walau bagaimanapun harga dilihat telah membuat beberapa usaha kenaikan harga yang melemah (terutama pada Jumaat). Prospek dagangan untuk pasaran ini adalah menaik untuk minggu ini (sama juga untuk beberapa pasangan mata wang EUR), justeru itu, harga diramalkan akan melonjak naik untuk membentuk Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF diniagakan kukuh dalam dagangan jangka panjang, walau bagaimanapun ia melemah dalam dagangan jangka pendek. Pergerakan penurunan harga yang selanjutnya dijangkakan pada minggu ini, tetapi ia mungkin tidak ketara sebagaimana dolar AS akan mengekalkan momentumnya. Sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 0.9900, 0.9850 dan 0.9800 akan diuji sebelum hujung minggu.

GBP/USD: Prospek dagangan bagi pasangan mata wang GBP/USD pada masa ini adalah neutral. Pergerakkan harga yang jelas diramalkan akan diketahui pada minggu ini, sama ada harga akan diniagakan di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.3300, atau berada di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3050 (salah satu daripada ini memerlukan tekanan belian atau jualan yang kuat). Pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan diniagakan dalam aliran menaik; manakala GBP berpotensi untuk diniagakan jatuh berbanding beberapa mata wang utama lain seperti AUD dan NZD.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan kukuh dalam dagangan jangka panjang, tetapi menurun dalam jangka masa pendek. Harga berkemungkinan akan membuat beberapa percubaan untuk melonjak lebih tinggi pada minggu ini, ekoran prospek kenaikan harga pada USD. Tahap permintaan dilihat terletak pada 113.00 dan 112.50. Sementara bekalan terletak pada tahap 114.00 dan 114.50.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan neutral dalam dagangan jangka panjang dan jangka pendek. Dijangkakan akan terdapat pergerakkan harga yang jelas pada minggu ini, yang berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran menaik. Harga mungkin diniagakan naik dari kawasan semasa pada carta, untuk mencapai zon bekalan yang terletak pada tahap 132.50 (telah diuji pada Jumaat), 133.00 dan 134.50.
