
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 0.6780. Pasangan mata wang ini kekal mengukuh di atas sokongan mendatar pada tahap 0.6780, yang telah dibentuk dan membenarkan penstabilan harga sementara. Indeks kekuatan relatif dilihat bercampur-campur, walau bagaimanapun ia tidak mempunyai momentum menurun. Oleh yang demikian, walaupun pengukuhan harga tidak berlaku pada tahap harga semasa, namun pergerakkan harga harus dihadkan.
Selagi harga tidak menembusi tahap 0.6780, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat sehingga mencecah ke tahap 0.6840 dan 0.6860, dalam lanjutan.
Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 0.6840, 0.6860, dan 0.6900
Tahap Sokongan: 0.6755, 0.6730, dan 0.6695