Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-11-22T09:23:29

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah diniagakan dalam aliran menurun sejak awal minggu ini. Walau bagaimanapun, ia masih belum menunjukkan sebarang ancaman terhadap kecenderungan kenaikkan harga yang terdapat di dalam pasaran, kecuali apabila harga diniagakan di bawah garis sokongan 1.1650. Garis sokongan akan membuat percubaan untuk menghalang pergerakan penurunan harga yang selanjutnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan kukuh pada Isnin dan melemah pada Selasa. Masih terdapat kecenderungan aliran menurun di pasaran dan sokongan terletak pada tahap 0.9900 (telah diuji), diramalkan akan diuji sekali lagi dan ditembusi untuk aliran menurun. Terdapat sasaran penurunan harga yang lain pada tahap sokongan 0.9850 dan 0.9800.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

GBP/USD: Sebagaimana isyarat dagangan jangka pendek telah dinyatakan pada pasangan mata wang GBP/USD, harga masih diniagakan dalam aliran tidak menentu. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam, yang sepatutnya menjadi lebih mudah untuk dilihat sebagaimana harga kini meneruskan pergerakkan menaik. Sasaran berikutnya untuk aliran menaik berkemungkinan terletak di wilayah pengedaran 1.3250 (yang telah diuji beberapa kali) dan 1.3300.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

USD/JPY: Masih terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta USD/JPY 4 jam. Harga kini diniagakan di bawah paras bekalan pada tahap 112.50, yang mensasarkan ke tahap permintaan 112.00. Apabila tahap permintaan ini ditembusi untuk aliran menurun, tahap permintaan yang berikutnya pada tahap 111.50 akan menjadi sasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah menyaksikan lantunan menaik harga pada awal minggu ini, yang menjadi peluang untuk para pedagang mengambil pesanan menjual pada harga yang lebih baik (dalam konteks aliran menurun). EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50. Pergerakan penurunan harga yang selanjutnya dijangkakan dari tahap ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 November, 2017

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...