
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek penurunan harga. Pasangan mata wang ini menunjukkan bahawa ia kekurangan momentum menaik sebagaimana harga diniagakan di bawah kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50. Pasangan mata wang ini juga dilihat telah mencapai Bollinger Band yang lebih rendah, mendorong kepada kemungkinan pecutan penurunan harga. Sasaran pertama untuk aliran menurun ditetapkan pada tahap 148.25. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap 147.90.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak dalam arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 149.00 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 149.40.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 149, Take Profit: 148.25
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 149.40, 149.80 dan 150.35
Tahap Sokongan: 148.25, 147.90, dan 147.15