
Gambaran Keseluruhan:
- Berdasarkan kepada carta empat jam, pasangan mata wang NZD/USD ini diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan 0.6830 dan 0.6880. Pada masa ini, harga berada dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat Indikator RSI bahawa harga masih dalam pasaran menaik. Oleh kerana harga masih diniagakan di atas Moving Average (100), sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 0.6880, yang bertepatan dengan nisbah emas (23.6% daripada Fibonacci). Oleh itu, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 0.6880. Oleh yang demikian, pasaran diramalkan akan menunjukkan isyarat aliran menaik di sekitar tahap 0.6880. Dengan kata lain, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas nisbah emas (0.6880) dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6993. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama 0.6993. Pasangan mata wang ini akan mlonjak naik menuju ke arah rintangan seterusnya (0.7043) untuk menguji. Ia adalah penting untuk mempertimbangkan di mana untuk meletakkan pesanan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah sokongan kedua pada tahap 0.6830.