
Semua sasaran menaik yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Pasangan mata wang USD/JPY kini diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi tahap 112.00 pada aliran menaik semasa yang disokong oleh kenaikkan Moving Average (MA) 20. Indeks kekuatan relatif kekal berada di atas tahap neutral 50 sekaligus menandakan bahawa pasangan mata wang ini kekurangan momentum menurun. Gambaran urusniaga harian kekal menaik, dan pasangan mata wang ini diramalkan akan melonjak naik sehingga mencecah ke tahap 112.40 sebelum mensasarkan pergerakkan ke tahap 112.65. Hanya penembusan harga di bawah sokongan utama pada tahap 111.65 akan mendorong kepada pembalikan penurunan harga.
Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 111.65 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 111.35.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 111.65, Take Profit: 112.40
Tahap Rintangan: 112.40, 112.65 dan 113.00
Tahap Sokongan: 111.35, 111.10, dan 110.70