
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan pospek penurunan harga. Pasangan mata wang ini menayaksikan lantunan semula harag daripada tahap rendah 113.21 yang diperlihatkan semalam (11 Disember), walau bagaimanapun ia masih dihadkan oleh rintangan utama pada tahap 114.00 (sekitar tahap tinggi semalam). Indeks kekuatan relatif telah kembali ke tahap di atas paras neutral 50, menunjukkan bahawa momentum menaik berpotensi untuk mendorong harga untuk meneruskan lantunan semula harga buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, selagi rintangan utama yang terletak pada tahap 114.00 ini gagal untuk ditembusi, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan kembali diniagakan pada tahap 113.10 dan 112.80, ke tahap yang lebih rendah.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 114.00 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 114.20.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 114.00, Take Profit: 113.10
Tahap Rintangan: 114.20, 114.55 dan 114.80
Tahap Sokongan: 113.10, 112.80, dan 112.50