
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.9806. Pada minggu lalu, pasangan mata wang ini menyaksikan kenaikkan harga dari tahap 0.9806 ke bahagian atas sekitar 0.9921 (pangsi). Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada 0.9972, dan diikuti oleh tahap 1.0037, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 0.9886. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak di antara tahap 0.9886 dan 1.0037; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan 150 pips pada hari ini. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal menembusi tahap sokongan 0.9886, pasaran diramalkan akan terus naik sehingga mencecah ke tahap 0.9972. Ini akan mencadangkan pasaran kenaikan harga kerana indikator RSI masih berada di kawasan yang positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini juga diramalkan akan meningkat lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.0037 dengan mensasarkan untuk menguji 'double top'. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9800, senario ini akan terbatal atau tidak sah.
Cadangan Perdagangan:
- Sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.9806. Oleh yang demikian, adalah menguntungkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9806 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9921 dan 1.0037.