EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan dalam aliran menaik pada Rabu dan melemah pada Khamis. Tindakan tersebut telah memberi penekanan kepada kecenderungan penurunan harga, yang tidak akan ditindih, sehingga garis rintangan pada tahap 1.1900 ditembusi untuk aliran menaik (dan itu memerlukan tekanan membeli yang ketara).

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah menghasilkan isyarat "menjual" jangka pendek pada minggu ini, yang sepatutnya mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah. Pasaran telah kehilangan kira-kira 80 pips pada minggu ini, dan ia berkemungkinan akan mencapai tahap sokongan yang terletak pada 0.9800 dan 0.9750. Pada masa ini, pengukuhan harga sedang berlangsung, walau bagaimanapun ia akan berubah menjadi volatiliti.

GBP/USD: Isyarat "menjual" yang dihasilkan sebelum ini telah menjadi tidak sah ekoran usaha menaik yang disaksikan pada semalam (yang juga telah mendorong harga untuk membuat beberapa kenaikkan). Kenaikan harga di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.3500 akan menghasilkan kecenderungan menaik, sementara penurunan di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3250 akan menghasilkan kecenderungan penurunan harga.

USD/JPY: Melihat kepada pasangan mata wang USD/JPY, usaha penurunan harga yang tidak dapat dipastikan telah disaksikan pada minggu ini dan menghasilkan Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4 jam. Harga turun sebanyak 130 pips, dan harga kini berada di bawah tahap bekalan 112.50, menuju ke tahap permintaan pada 112.00. Terdapat sasaran lain pada tahap permintaan 111.50.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan lemah pada minggu ini - jatuh 150 pip. EMA 11 dilihat berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harag di dalam carta dan harga dijangkakan akan bergerak lebih rendah, mencapai zon permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 132.00 dan 131.00
