EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan tinggi pada minggu lepas, dari garis sokongan pada tahap 1.1750, ke arah garis rintangan 1.1900. Pergerakan ini sekitar 150 pips. Walau bagaimanapun, harga mula diniagakan lemah sejak Khamis, tetapi ia tidak cukup rendah untuk menjejaskan kecenderungan kenaikan harga semasa.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat tidak membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu lepas, juga diramalkan tidak akan membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu ini (kerana volatiliti akan berkurangan). Oleh itu, harga dijangkakan akan berayun di antara tahap rintangan 0.9950 dan tahap sokongan pada 0.9800 dalam beberapa hari dagangan berikutnya. Walau bagaimanapun, penembusan harga akan berlaku pada awal Januari.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat tidak membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu lepas, juga diramalkan tidak akan membuat sebarang pergerakan yang ketara pada minggu ini (kerana volatiliti akan berkurangan). Oleh itu, harga dijangkakan akan berayun di antara wilayah pengumpulan pada tahap 1.3250 dan wilayah pengedaran pada tahap 1.3500 dalam beberapa hari dagangan berikutnya. Walau bagaimanapun, penembusan harga akan berlaku pada awal Januari.

USD/JPY: Pasaran ini diniagakan dalam turun naik yang ketara pada minggu lepas, sama seperti rakan sejawat EUR/JPY. Pasangan mata wang ini menyaksikan kenaikkan sebanyak 150 pips minggu lepas, menguji zon bekalan pada tahap 113.50, dan kemudian menutup di bawah tahap tersebut pada Jumaat. Kenaikkan harga di dalam pasaran dijangkakan akan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun ini (walaupun diramalkan tidak akan ada pergerakan harga yang ketara).

EUR/JPY: Pasaran ini diniagakan dalam aliran menaik yang ketara pada minggu lepas, dengan kenaikkan sebanyak 240 pips, bergerak dengan pantas di atas tahap bekalan pada 134.50 dan kemudiannya menutup dagangan di bawahnya pada Jumaat. Kenaikkan harga di dalam pasaran dijangkakan akan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun ini.
