EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan dalam aliran menaik pada minggu lepas, hampir menutup di atas garis sokongan pada tahap 1.2000. Harga berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan ke tahap yang lebih tinggi pada minggu ini, mencapai garis rintangan pada 1.2050 dan 1.2100. Walau bagaimanapun, prospek dagangan bagi pasangan EUR adalah melemah pada minggu ini, dan untuk bulan ini. Oleh yang demikian, pergerakan penurunan harga berkemungkinan akan bermula pada bila-bila masa.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan lemah dengan penurunan sebanyak 120 pips pada minggu lepas, menutup dagangan di bawah tahap rintangan 0.9750. Tahap sokongan lain yang masing-masing terletak pada tahap 0.9700 dan 0.9650 berpotensi untuk diuji pada minggu ini, dan harga berkemungkinan besar akan menembusi tahap sokongan tersebut pada bulan ini kerana CHF akan mendapat beberapa stamina, yang mungkin membolehkan pasangan utama lain diniagakan lemah berbanding CHF.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan kukuh dalam dagangan jangka pendek. Pasangan mata wang ini sebahagian besarnya diniagakan mendatar pada Disember, berjaya memulakan pergerakan kenaikan harga pada minggu lepas. Bergerak menghampiri di atas kawasan pengumpulan pada tahap 1.3500, yang menandakan bahawa fasa mendatar telah berakhir buat sementara waktu. Kecenderungan kenaikkan harga akan kekal sah selagi harga bertahan di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.3450. Diramalkan akan terdapat pergerakan harga yang ketara pada pasangan mata wang ini, serta pasangan GBP yang lain, pada Januari, dan kebanyakan pergerakan harga diramalkan menurun.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan dalam aliran mendatar pada Isnin dan Selasa lalu, dan kemudian jatuh pada Rabu, sehingga pasaran ditutup pada Jumaat. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4 jam (walaupun prospek di pasaran adalah neutral), yang akan menjadi kukuh apabila harga bergerak jauh lebih rendah pada minggu ini.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini berjaya membuat kenaikkan harga pada minggu lepas, menguji zon bekalan yang terletak pada tahap 135.50 dan ditutup di bawah tahap tersebut pada 29 Disember 2017. Faktor yang mendorong kepada lonjakan kenaikkan harga ini adalah stamina yang terdapat pada mata wang EUR dan kenaikkan lebih daripada 100 pips dijangkakan pada minggu ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga risiko penarikan semula harga yang ketara kerana prospek pada kebanyakan pasangan JPY adalah melemah untuk minggu ini.
