EUR/USD: Instrumen dagangan mata wang ini menyaksikan pembetulan harga lebih rendah dalam konteks aliran menaik jangka pendek pada semalam. Garis rintangan pada tahap 1.2050 berkemungkinan akan diuji sekali lagi dalam usaha untuk mengekalkan prospek kenaikkan harga semasa. Sebaliknya, penurunan harga kira-kira 150 pip akan menandakan kecenderungan penurunan harga dalam pasaran.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat percubaan menaik pada Rabu dalam konteks aliran menurun jangka pendek. Tahap sokongan pada 0.9700 berkemungkinan akan dicapai pada akhirnya dalam usaha untuk mengekalkan prospek penurunan harga semasa. Sebaliknya, kenaikan kira-kira 100 pip akan menandakan kecenderungan kenaikkan harga dalam pasaran.

GBP/USD: Selepas menguji wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.3600, pasangan mata wang GBP/USD ini telah menyaksikan pembetulan penurunan harga yang jelas. Harga diramalkan akan melonjak naik dari tahap ini sebagaimana pembetulan hagra tidak berjaya menolak kecenderungan kenaikan harga yang terdapat dalam pasaran, melainkan jika wilayah pengumpulan 1.3400 ini ditembusi untuk aliran menurun (yang memerlukan tekanan jualan yang besar.

USD/JPY: Kecenderungan penurunan harga pada pasangan mata wang USD/JPY ini telah diancam oleh usaha kenaikkan harga yang disaksikan pada Khamis. Pergerakan menaik di atas tahap bekalan 113.50 akan menghasilkan isyarat kenaikan harga; manakala pergerakan harga di bawah tahap permintaan 112.00 akan membantu mengukuhkan kecenderungan penurunan harga semasa. Beberapa laporan ekonomi utama dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia diramalkan akan memberikan impak terhadap pasaran.

EUR/JPY: Isyarat kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/JPY ini kekal sah. EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50. Memandangkan terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di pasaran, aliran menaik dijangkakan akan kekal mendominasi sepanjang minggu ini sebelum pasaran mula diniagakan lemah selepas itu.
