Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-01-08T05:14:27

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan dagangan mendatar pada minggu lalu - dalam konteks aliran menaik. Penembusan harga dijangkakan akan berlaku pada minggu ini, yang sepatutnya menyokong aliran kenaikkan harga, sebagaimana prospek dagangan pada pasangan mata wang EUR adalah menaik untuk bulan ini. Oleh yang demikian, harga berkemungkinan besar akan melonjak naik kira-kira 150 pips, kerana ia diramalkan akan diniagakan lebih tinggi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini mengalami fasa keseimbangan pada minggu lalu, sebagaimana harga dilihat mengukuh dalam konteks aliran menurun. Prospek dagangan untuk pasaran ini masih melemah; apabila penembusan harga berlaku, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran menurun (jatuh hampir 100 pips). Pasaran gagal membuat kenaikkan harga yang ketara selagi pasangan mata wang EUR/USD mengukuh.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

GBP/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi untuk menguji wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.3600. Terdapat penarikan semula harga selepas itu, walau bagaimanapun ia tidak mencukupi untuk mengatasi prospek kenaikan harga semasa. Harga dijangkakan akan melonjak naik untuk menguji wilayah pengedaran pada tahap 1.3600, 1.3650 dan 1.3700. Walau bagaimanapun, ini tidak menjejaskan kemungkinan penarikan semula harga ketara, yang dijangkakan akan berlaku pada bila-bila masa pada bulan ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

USD/JPY: Minggu lalu, pasaran menghentikan usaha penurunan harga sebagaimana ia dilihat melonjak naik sebanyak 110 pip, dengan itu menghasilkan isyarat "membeli" jangka pendek. Harga berjaya ditutup di atas tahap permintaan 113.00 pada Jumaat, sekaligus memihak kepada kecenderungan kenaikkan harga yang berpotensi. Ini bermakna tahap bekalan pada 113.50 dan 114.00 boleh dicapai pada minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini diniagakan tinggi untuk menguji zon bekalan yang terletak pda tahap 136.50. Sejak 15 Disember 2017, harga telah meningkat lebih 400 pips; agak sukar untuk pergerakan penurunan harga dalam tempoh yang panjang berlaku di pasaran, sebagaimana EUR dilihat mempunyai beberapa stamina. Aliran menaik berpotensi mendorong harga untuk diniagakan menghampiri ke zon bekalan 136.50, 137.00 dan 137.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 Januari, 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...