
Bitcoin (BTC) telah diniagakan dalam aliran mendatar pada harga $14.637. Kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan bahawa beberapa cukai boleh digunakan untuk mata wang kripto di bawah undang-undang semasa, yang akan dimuktamadkan pada separuh pertama tahun ini. Cukai lain juga akan dipertimbangkan, walau bagaimanapun ia adalah tidak mudah untuk dilaksanakan di bawah sistem cukai semasa. Gambaran teknikal dilihat melemah.
Cadangan Perdagangan:
Berdasarkan kepada carta 4H, saya mendapati bahawa terdapat pembentukan penembusan baji (wedge), yang merupakan isyarat membeli kelihatan berisiko. Saya juga mendapati terdapat perbezaan yang tersembunyi pada Moving Average (MA) oscillator, yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengsyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang jualan berpotensi. Sasaran untuk aliran menurun ditetapkan pada harga $12.760 dan $10.670.
Sokongan/Rintangan:
$16.036 – Rintangan urusniaga harian (tindakan harga)
$12.759 – Sasaran objektif 1
$10.671 – Sasaran objektif 2
Dengan InstaForex, anda boleh mengetahui pergerakan mata wang krypto sekarang. Anda hanya perlu membuka tawaran di platform MetaTrader 4.