
Gambaran Keseluruhan:
- Pangsi : 0.7165.
- Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan meneruskan aliran menaik dari tahap 0.7120 atau 0.7185 dalam dagangan jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 0.7120 yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6% pada carta 1H. Harga mungkin membentuk 'double bottom' pada carta masa yang sama.
- Sehubungan itu, pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tertinggi 0.7165. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7165 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7195 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.7232. Selain itu, tahap 0.7232 adalah lokasi terbaik untuk para pedagang menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top' yang baru. Selain itu, rintangan utama akan ditetapkan pada tahap 0.7266.
Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD berjaya menembusi tahap sokongan 0.7120 dan 0.7185, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7060 diramalkan akan berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga.