EUR/USD: Pada Khamis, lonjakan kenaikkan harga yang berlaku di pasaran telah membantu memulihkan kenaikkan harga semasa. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di pasaran, dan pergerakan menaik harga yang lebih tinggi adalah berkemungkinan, yang akan mendorong harga untuk diniagakan ke arah garis rintangan yang terletak pada tahap 1.2100 dan 1.2050.

USD/CHF: Pada 11 Januari, kejatuhan harga yang berlaku di pasaran telah membantu memulihkan prsopek penurunan harga semasa. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4 jam (EMA 11 berada di bawah EMA 56, manakala William's % Range 20 berada di kawasan 'oversold'), dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun, yang akan mendorong harga untuk diniagakan ke arah tahap sokongan 0.9700.

GBP/USD: Instrumen dagangan mata wang ini telah diniagakan dalam aliran harga yang mendatar sehingga minggu ini. Adalah lebih baik untuk para padagang menjauhkan diri dari memasuki pasaran ini sehinggalah terdapat penembusan harga yang jelas berlaku di pasaran - sebagaimana volatiliti diramalkan akan meningkat dalam beberapa hari dagangan berikutnya.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari semalam. Sejak awal minggu ini, harga telah jatuh sebanyak 215 pip, dan harga kini dilihat sedang menghampiri ke tahap permintaan pada 111.00. Tahap permintaan ini berkemungkinan besar akan ditembusi tidak lama lagi sebagaimana aliran menurun terus bergerak ke tahap harga yang lebih rendah. Aliran penurunan harga mendominasi pasaran pada minggu ini.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini mengalami apa yang boleh disebut sebagai rali dalam konteks aliran menurun (disebabkan oleh beberapa pembentukkan stamina pada mata wang Euro). Walau bagaimanapun, rali ini akan menjadi peluang yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada harga yang sedikit lebih tinggi, sementara pasaran dijangkakan akan meneruskan aliran menurun.
