EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah melakukan pergerakan ke arah atas lebih 350 pip sejak minggu lepas. Ia telah melakukan pergerakan menaik lebih dari 100 pips minggu ini, ini mengakibatkan Corak Pengesahan kenaikan harga yang besar dalam carta 4 jam. Pergerakan kenaikan harga seterusnya adalah dijangka, kerana harga akan mencapai tahap rintangan pada tahap 1.2350, 1.2400 dan 1.2450.

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini telah melakukan pergerakan menurun dengan serius, pergerakan penurunan harga akan berterusan apabila pasangan mata wang EUR/USD akan melakukan pergerakan ke arah atas. Sejak minggu lepas, instrumen ini telah menruu sebanyak 180 pips, dan kini berada di bawah paras rintangan pada tahap 0.9600, pergerakan ke arah tahap sokongan pada tahap 0.9550 (sasaran seterusnya).

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah melakukan pergerakan menaik ke atas lebih 300 pips sejak minggu lepas. Ia telah melakukan pergerakan menaik lebih dari 90 pips pada minggu ini, mengakibatkan Corak Pengesahan kenaikan harga yang besar dalam carta 4 jam. Pergerakan kenaikan harga seterusnya dijangka, kerana harga akan mencapai kawasan pengedaran pada tahap 1.3850, 1.3900 dan 1.3950.

USD/JPY: Sejak 8 Januari, pasangan mata wang ini telah melakukan pergerakan menurun hampir 300 pip. Ini telah membantu pembentukan kecenderungan penurunan harga di pasaran. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Pergerakan ke bawah seterusnya dijangka kerana harga akan melakukan pergerakan menurun dengan 100 pips (minimum) lagi.

EUR/JPY: Isyarat kenaikan harga bagi pasangan mata wang wang "coss" ini masih sah - walaupun pasaran harga agak mencurigakan. Dengan semua petunjuk, harga perlu meneruskan pergerakan menaik, mencapai zon bekalan pada tahap 136.00, 136.50 dan 137.00. Ini adalah sasaran harga untuk minggu ini, dan sasaran penurunan harga tidak sepatutnya mengambil harga di bawah zon permintaan pada tahap 134.00 dan 133.50.
