
Rumusan Gelombang:
Pasangan mata wang EUR/NZD meneruskan dagangan seperti yang telah diramalkan sebelum ini. Selepas gelombang i mencapai paras tinggi 1.6937, pembetulan penurunan harga pada gelombang ii telah bermula. Pembetulan gelombang ii ini mungkin akan menguji sasaran pembetulan 61.8% gelombang i pada tahap 1.6678 sebelum mendorong gelombang iii untuk bergerak lebih tinggi ke arah tahap 1.7360 dan mungkin juga sehingga ke tahap 1.7777.
Untuk dagangan jangka pendek, kami menjangkakan rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.6839 akan melindungi aliran menaik bagi membolehkan harga membuat penurunan akhir ke tahap 1.6678 dan lebih rendah lagi.
R3: 1.6937
R2: 1.6860
R1: 1.6845
Pangsi: 1.6737
S1: 1.6711
S2: 1.6678
S3: 1.6613
Cadangan Perdagangan: Kami menutup 50% pesanan membeli EUR pada tahap 1.6845 untuk keuntungan sebanyak 175 pips. Kami akan mengambil pesanan membeli EUR pada tahap 1.6695 atau selepas harga menembusi di atas tahap 1.6845.