Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-01-22T10:18:14

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD mengukuh sepanjang minggu lalu, harga dilihat tidak melebihi garis rintangan pada tahap 1.2300 (telah gagal diuji), dan harga juga tidak berada di bawah garis sokongan 1.2150. Minggu ini, diramalkan akan terdapat pergerakkan harga dalam arah aliran yang lebih jelas, berkemungkinan besar akan memihak kepada kecenderungan penurunan harga, berikutan prospek pada pasangan mata wang EUR adalah menurun untuk minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

USD/CHF: Instrumen perdagangan ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas, menguji tahap permintaan pada 0.9550 dan kemudian melantun lebih tinggi pada Jumaat. Tahap permintaan 0.9550 akan cuba menghalang pergerakan penurunan harga yang selanjutnya, dan harga berpotensi untuk diniagakan lebih tinggi sehingga mencapai tahap rintangan 0.9650 dan 0.9700.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD kini berada dalam mod penurunan harga. Kenaikkan harga pada pertengahan minggu lalu, ternyata menjadi peluang yang baik untuk para pedagang mengambil pesanan menjual. Pasangan mata wang ini dilihat berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun pada minggu ini, kerana mungkin terdapat beberapa kelemahan pada USD. Tahap permintaan pada 110.50, 110.00, dan 109.50 juga berkemungkinan akan dicapai.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

USD/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menurun (terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4 jam). Tanpa mengambil kira lonjakan menaik yang diperlihatkan pada pertengahan minggu lepas, harga berkemungkinan akan diniagakan pada tahap yang lebih rendah lagi pada Jumaat. Minggu ini, tahap permintaan pada 110.50 berpotensi untuk ditembusi untuk aliran menaik, dan salah satu daripada sebabnya adalah kerana kelemahan yang dijangkakan pada mata wang USD.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

EUR/JPY: Pasaran ini diniagakan dengan tidak menentu pada minggu lalu, walau bagaimanapun harga terus menaik ke arah atas. Memandangkan terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam, pasaran diramalkan akan menembusi zon bekalan yang masing-masing terletak pada tahap 136.50 dan 137.00 pada minggu ini (mungkin juga akan menembusi zon bekalan pada 137.00). Prospek perdagangan untuk beberapa pasangan JPY adalah menaik pada minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...