
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF ini meneruskan pergerakkan menurun dari zon harga 0.9644 dan 0.9600. Pasangan mata wang ini dilihat jatuh dari tahap 0.9644 kepada 0.9600. Hari ini, rintangan didapati terletak pada tahap 0.9708 dan 0.9759. Oleh yang demikian, kami menjangkakan harga akan ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 0.9708 dan 0.9759; sebagaimana harga kini diniagakan dalam saluran penurunan harga. RSI mula menunjukkan tanda-tanda aliran penurunan harga. Oleh yang demikian, pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun.Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.9708 dengan sasaran pertama ditetapka pada tahap 0.9593 dan seterusnya ke tahap 0.9541 untuk menguji sokongan harian. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi 'double bottom' yang terletak pada tahap 0.9541, maka pasaran dijangkakan akan menurun lagi sehingga mencecah ke tahap 0.9481 untuk menghampiri sokongan 2 pada hari ini. Walau bagaimanapun, tahap 0.9708 dan 0.9759 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh itu, aliran harga masih menurun selagi tahap 0.9759 ini tidak ditembusi.