EUR/USD: Apa yang sedang berlaku di pasaran kini boleh disebut sebagai jualan dalam konteks aliran menurun. Harga hanya turun sebanyak 40 pip pada 29 Januari, dan ini mungkin akan menawarkan eluang yang baik untuk para pedagang membeli pada harga yang lebih tinggi. Harga diramalkan akan meningkat lebih tinggi dari sini; jika tidak, ancaman terhadap isyarat kenaikkan harga yang ada mungkin akan muncul apabila harga bergerak ke tahap yang lebih rendah.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF tidak menyaksikan sebarang pergerakkan harga yang ketara pada Isnin. Memandangkan prospek pada mata wang USD adalah menurun pada minggu ini dan untuk bulan Februari; dan sebagaiamana tinjauan pada mata wang CHF adalah positif (menaik) untuk bulan Februari, pasangan mata wang USD/CHF ini berkemungkinan besar akan kekal diniagakan di bawah tekanan menurun.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih meneruskan pembetulan penurunan harga yang telah bermula pada Jumaat lepas, tetapi belum memberikan tinjauan bahawa kenaikkan harga di pasaran adalah tidak sah. Walaupun harga berpotensi untuk meneruskan pergerakkan menaik untuk menguji wilayah pengedaran yang masing-masing terletak pada tahap 1.4200 dan 1.4250, dijangkakan akan berlaku penarikan semula harga yang serius, yang mungkin menandakan permulaan untuk aliran menurun. Tinjauan pada pasangan GBP adalah menurun pada minggu ini dan untuk bulan Februari.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menurun - dengan Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta. Bulan ini, dari tahap tinggi 113.40, pasaran telah melonjak naik sebanyak 500 pip. Tahap permintaan yang terletak pada 108.50 telah diuji pada minggu lalu, dan harga berkemungkinan besar akan mengujinya semula. Selagi USD diniagakan lemah, harga akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun.

EUR/JPY: Isyarat "menjual" jangka pendek telah dinyatakan pada pasangan mata wang EUR/JPY. Pasangan mata wang ini, yang telah mengukuh sejak minggu lalu, telah mula bergerak lebih rendah pada Isnin. Harga kini berada di bawah zon bekalan pada tahap 134.50, menuju ke zon permintaan pada 134.00 (sasaran pertama). Harga juga berpotensi untuk mencapai zon permintaan yang terletak pada tahap 135.50 pada hari ini atau esok.
