EUR/USD: Isyarat pada pasangan mata wang EUR/USD menyatakan kecenderungan penurunan harga. Harga telah berada di bawah garis rintangan pada tahap 1.2400, dan harga dilihat sedang mengukuh diantara garis rintangan dan garis sokongan pada tahap 1.2350, yang telah diuji sebelum ini, dan berkemungkinan besar akan diuji sekali lagi. Garis sokongan ini dilihat cenderung untuk menembusi tahap yang lebih rendah.

USD/CHF: Apa yang berlaku pada pasangan mata wang USD/CHF kebiasaanya disebut sebagai "pengukuhan harga dalam konteks aliran menurun". Pergerakan penurunan harga di bawah tahap sokongan 0.9250 akan memberikan lebih tekanan terhadap isyarat aliran menurun, manakala pergerakan di atas tahap rintangan pada 0.9450 akan membawa kepada isyarat kenaikan harga. Salah satu daripada situasi ini perlu berlaku pada minggu ini.

GBP/USD: Terdapat prospek penurunan harga yang jelas pada pasangan mata wang GBP/USD. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50. Harga menyaksikan penurunan harga yang ketara pada minggu ini, menguji wilayah pengumpulan pada tahap 1.3850. Terdapat lonjakan menaik selepas itu, dan harga kini diniagakan dalam aliran mendatar. Apabila penembusan harga berlaku, harga akan bergerak ke tahap yang lebih rendah.

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini diniagakan lemah - volatiliti yang tinggi. Harga telah diniagakan dalam aliran menurun pada minggu ini, dan meskipun terdapat percubaan aliran menaik (cuba menolak harga untuk diniagakan lebih tinggi), pasaran kelihatan seolah-olah bersedia untuk turun lebih rendah lagi, mencapai tahap permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 109.00 dan 108.50. Tekanan jualan yang seterusnya berkemungkinan akan mendorong harga untuk mencapai ke tahap permintaan 108.00.

EUR/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada pasaran pasangan mata wang ini, yang diniagakan lemah pada awal minggu ini. Dagangan adalah tidak menentu buat masa sekarang, namun kecenderungan untuk harga diniagakan rendah masih sah. Zon permintaan telah diuji (135.00, 134.50, dan 134.00) akhirnya akan diuji sekali lagi apabila harga melanjutkan penurunan harga.
