EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan pergerakan menaik yang bermula pada minggu lalu. Pada masa ini, ia masih meneruskan pergerakan kenaikan harga dalam konteks aliran menurun, yang akhirnya akan mengancam kecenderungan kenaikkan harga baru-baru ini (apabila garis rintangan pada 1.2400 telah ditembusi pada kenaikan harga). Pergerakan ke bawah akan membantu memulihkan pergerakan penurunan harga di pasaran.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini bergerak secara mendatar pada hari Isnin, dan kemudian mula bergerak ke arah bawah hari ini. Ini telah menghasilkan isyarat "jual" bagi jangka pendek, yang dapat membantu pergerakan kenaikan harga ke arah tahap sokongan di 0.9300 dan 0.9250. Pasaran kini berada di bawah tahap rintangan pada 0.9350.

GBP/USD: Apa yang berlaku bagi pasangan mata wang ini hanyalah percubaan pergerakan harga dalam konteks arah aliran menurun. Sekiranya pasaran menunjukkan pergerakan penurunan harga dari sini, pergerakan penurun bagi pasaran baru-baru ini akan dikekalkan; jika tidak, kecenderungan kenaikkan harga baru akan terbentuk (terutamanya apabila kawasan pengedaran di 1.4000 dan 1.4050 menembusi kenaikan harga).

USD/JPY: Menurut ramalan untuk minggu ini,pasangan mata wang USD/JPY telah melakukan pergerakan menurun. Pergerakan harga telah menurun sebanyak 120 pips minggu ini, berikutan pengukuhan yang ringkas dilihat pada hari Isnin. Tahap permintaan pada tahap 107.50 telah diuji, dan ia akan menembusi pergerakan penurunan harga, kerana tahap permintaan yang lain pada tahap 107.00 sedang disasarkan.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini menunjukkan pergerakan yang tidak menentu pada 12 Februari, tetapi harga telah meneruskan semula pergerakan menurun, dimana pergerakan ini telah bermula pada minggu lepas. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di pasaran, yang menandakan pergerakan menurun akan diteruskan. Sasaran seterusnya adalah zon permintaan pada 132.50, 132.00, dan 131.50. Pergerakan turun naik mungkin akan berlaku pada minggu ini.
