EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah diniagakan dalam aliran menurun sejak Isnin, jatuh hampir 90 pips dalam konteks aliran menaik. Harga kini berada di bawah garis rintangan pada tahap 1.2350, menuju ke garis sokongan yang terletak pada tahap 1.2300. Pergerakan harga di bawah garis sokongan seterusnya pada tahap 1.2250 akan menghasilkan kecenderungan penurunan harga jangka pendek.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah diniagakan dalam aliran menaik sejak semalam, hampir 93 pips dalam konteks aliran menurun. Harga kini berada di atas tahap sokongan 0.9300, menuju ke tahap rintangan yang terletak pada tahap 0.9350. Pergerakan harga di atas tahap rintangan 0.9400 akan menghasilkan kecenderungan kenaikkan harga jangka pendek.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini tidak menunjukkan sebarang pergerakkan harga yang ketara pada Isnin, dan harga kini diniagakan mendatar buat masa sekarang. Pasaran adalah neutral dalam dagangan jangka pendek dan aliran menaik dalam dagangan jangka panjang. Walau bagaimanapun, pergerakan harga di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3850 akan menghasilkan prospek penurunan harga; manakala pergerakan menaik dari tahap ini akan menyelamatkan kecenderungan kenaikan harga semasa.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini telah diniagakan kukuh dalam konteks aliran menurun. Hampir 110 pips - dan kecenderungan harga boleh berubah apabila tahap bekalan yang terletak pada 108.00 ini ditembusi untuk aliran menaik. Tahap permintaan didapati berada pada tahap 106.50 dan 106.00, yang juga berpotensi untuk diuji, yang boleh mendedahkan aliran penurunan harga.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah diniagakan dalam aliran mendatar untuk dagangan jangka pendek. Kecenderungan pasaran kekal menurun, dan oleh yang demikian, apabila berlaku penembusan harga (yang akhirnya akan berlaku), harga berkemungkinan besar akan memihak kepada penurunan harga. Zon permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 132.00, 131.50 dan 131.00 berkemungkinan besar akan diuji sebelum akhir minggu ini.
