Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-02-21T05:04:15

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

EUR/USD: Isyarat penurunan harga telah dinyatakan pada pasangan mata wang EUR/USD, dimana harga telah diniagakan lemah sejak Jumaat lalu. Harga telah menguji garis rintangan pada tahap 1.2550 dan turun lebih rendah hampir 210 pips, harga kini dilihat berada di bawah garis rintangan pada tahap 1.2350.Sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini terletak pada sokongan 1.2300 dan 1.2250.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

USD/CHF: Isyarat kenaikan harga telah dinyatakan pada pasangan mata wang USD/CHF, dimana harga telah diniagakan tinggi sejak Jumaat lalu. Harga telah menguji sokongan pada tahap 0.9200 dan meningkat lebih dari 160 pip, harga kini dilihat berada di atas tahap sokongan 0.0350. Sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap rintangan 0.9400 dan 0.9450, yang akan dicapai dalam tempoh 48 jam akan datang.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

GBP/USD: Pasangan mata wang ini masih tidak membuat sebarang pergerakkan harga yang ketara pada minggu ini. Pasaran diniagakan neutral dalam dagangan jangka pendek dan menaik dalam dagangan jangka panjang. Walau bagaimanapun, pergerakan harga di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3850 akan menghasilkan prospek penurunan harga; manakala pergerakan menaik dari sini akan menyelamatkan kecenderungan menaik baru-baru ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini telah diniagakan kukuh dalam konteks aliran menurun. Harga telah naik hampir 200 pips sejak Jumaat lalu - dan kecenderungan pasaran berpotensi untuk berubah apabila tahap bekalan 108.00 ini ditembusi untuk aliran menaik. Selain itu, didapati terdapat tahap permintaan pada 106.50 dan 106.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah diniagakan mendatar dalam dagangan jangka pendek. Untuk dagangan jangka panjang, kecenderungan pasaran adalah menurun sebagaimana terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga di pasaran. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50 (namun terdapat ancaman untuk ia bergerak di atas tahap 50). Apabila penembusan harga berlaku, pasangan mata wang EUR/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam aliran menurun.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Februari, 2018

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...