
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF ini telah menembusi rintangan pada tahap 0.9361 yang menjadi sokongan kuat semalam. Tahap ini adalah bertepatan dengan 61.8% penarikan semula Fibonacci yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. RSI masih menyatakan isyarat bahawa aliran kini menaik, manakala Moving Average (MA)(100) menuju ke arah atas. Oleh itu, prospek kenaikkan harga kekal sama selagi EMA 100 menunjuk arah aliran menaik. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang itu mungkin akan melebihi titik pangsi harian (0.9361) dalam beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang USD/CHF ini akan menunjukkan pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9361. Oleh itu, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan tanda-tanda aliranmenaik. Dengan kata lain, pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 0.9361 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9409. Kemudian, pasangan itu mungkin akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9436, dan seterusnya bergerak ke tahap 0.9469. Tahap 0.9469 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat kerana ia membentuk 'double top' pada carta 1H. Sebaliknya, sokongan harian yang kuat dilihat berada pada tahap 0.9328. Jika pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap 0.9328, pasaran diramalkan akan bergerak lebih rendah lagi ke tahap 0.9254.