USD/JPY
Pasaran ini telah diniagakan rendah dalam dagangan jangka panjang. Kenaikkan harga telah disaksikan pada minggu lepas dari Isnin hingga Rabu, namun pembetulan penurunan harga telah mengambil alih pada Khamis dan Jumaat. Sokongan didapati terletak pada tahap 106.50, 106.00 dan 105.50. Tahap sokongan ini akan menghalang pergerakan penurunan harga dan mendorong harga untuk membuat pembalikan aliran menaik, yang dijangka berlaku sebelum akhir minggu ini.

Sekiranya kecenderungan kenaikan harga berlaku, pasaran berkemungkinan besar akan meningkat sekurang-kurangnya 150 pips pada minggu ini, menuju ke tahap bekalan yang masing-masing terletak pada 107.00, 107.50 dan 108.00. Tahap bekalan ini mungkin akan ditembusi, kerana ia adalah merupakan sasaran awal bagi pasangan mata wang USD/JPY ini.