
Gambaran Keseluruhan:
Seperti yang diramalkan, pasangan mata wang NZD/USD ini meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 0.7337 dan 0.7314. Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah turun dari tahap 0.7337 sehingga mencecah ke tahap 0.7280, yang bertepatan dengan nisbah 23.6% Fibonacci pada carta 4H. Pada hari ini, rintangan dilihat terletak pada tahap 0.7337 dan 0.7280. Oleh yang demikian, kami menjangkakan harga akan ditetapkan di bawah rintangan kuat pada tahap 0.7337 dan 0.7280; kerana harga dilihat sedang berdagang dalam saluran penurunan harga sekarang. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 0.7314 dan 0.7238. Secara keseluruhannya, kami masih memilih senario penurunan harga selagi harga diniagakan di bawah tahap 0.7314. Selain itu, jika pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan pertama 0.7285, pasaran berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan penurunan harga sehingga ke tahap 0.7238. Oleh yang demikian, harga akan bergerak lebih rendah menuju ke arah sokongan kedua yang terletak pada tahap 0.7261. Tahap 0.7238 akan membentuk 'double bottom' untuk mengujinya semula. Sebaliknya, jika harga menutup di atas tahap rintangan yang kuat pada 0.7337, lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan stop loss adalah di atas tahap 0.7350.