Indeks Dolar kekal diniagakan di bawah tekanan. Harga dilihat masih berada di bawah rintangan utama pada tahap 90.50 tetapi masih di atas sokongan cloud 4 jam.

Segi empat hitam - Rintangan
Harga kekal diniagakan di atas Ichimoku cloud pada carta 4 jam. Harga perlu menembusi tahap rintangan 90.50 untuk kesinambungan kenaikkan harga yang dijangkakan ke arah tahap 91.50-92. Sokongan pada tahap 89.80 adalah sangat penting. Sekiranya harga berjaya menembusi cloud tersebut, arah aliran harga akan berubah menjadi neutral.

Garis biru - Rintangan
Berdasarkan kepada carta harian, Indeks Dolar kekal dalam arah aliran menurun di bawah cloud harian. Sokongan terletak pada tahap 89.60 dan rintangan pada tahap 90.40-90.50. Sekiranya harga berjaya menembusi di atas tahap 90.50, arah aliran harga untuk dagangan harian akan berubah menjadi neutral. Ini akan memberikan implikasi kenaikan harga jangka panjang untuk Indeks Dolar.