USD/JPY
Pasangan mata wang USD/JPY ini tidak membuat sebarang pergerakkan harga yang ketara pada dagangan Isnin dan ia kini dilihat sedang berusaha untuk bergerak lebih tinggi. Harga kini berada di bawah tahap bekalan 106.50 dan tahap permintaan 105.50. Harga berkemungkinan besar akan berayun di antara tahap bekalan dan permintaan dan kemudian menembusi pada salah satu daripadanya sebagai kesinambungan pergerakan harga yang jelas.

Pada masa ini terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga dilihat pada carta 4-jam, yang menunjukkan bahawa harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun menuju ke tahap yang lebih rendah lagi. Sebaliknya, pembalikan harga yang kuat boleh berlaku, yang akan memberikan ancaman terhadap kecenderungan penurunan harga semasa.