
Tinjauan Bulanan
Pada Januari 2015, pasangan mata wang EUR/USD ini bergerak di bawah tahap permintaan utama berhampiran 1.2050-1.2100 (beberapa bahagian bawah sebelumnya yang ditetapkan pada Julai 2012 dan Jun 2010). Oleh itu, sasaran penurunan jangka panjang dijangkakan ke arah tahap 0.9450.
Pada Mac 2015, penurunan harga EUR/USD telah menguji tahap permintaan bulanan sekitar tahap 1.0500, yang sebelum ini telah dicapai pada Ogos 1997.
Untuk dagangan jangka panjang, tahap 0.9450 kekal sebagai sasaran yang diunjurkan jika graflilin bulanan menembusi penutupan penurunan harga di bawah tahap permintaan bulanan yang digambarkan pada 1.0500.
Walau bagaimanapun, pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah terperangkap dalam julat pengukuhan harga yang digambarkan (1.0500-1.1450) sehingga penembusan aliran menaik semasa dilaksanakan di atas tahap 1.1450 dan semasa di atas tahap 1.2075.
Satu lagi penembusan aliran menaik di atas tahap 1.2250 telah dinyatakan pada carta. Ini menghalang momentum penurunan harga sekaligus membolehkan aliran kenaikan harga meningkat menuju ke arah 1.2750 dengan syarat tahap 1.2250 masih dilindungi oleh aliran menaik.

Tinjauan Harian
Pada September, sasaran penurunan harga untuk corak 'Head and Shoulders' telah mensasarkan ke arah tahap 1.1350. Walau bagaimanapun, pasaran telah gagal untuk mengenakan tekanan penurunan harga yang ketara terhadap zon tersebut (1.1415-1.1520).
Sebaliknya, pada November, pemulihan kenaikkan harga yang jelas telah dinyatakan di sekitar zon harga 1.1520-1.1415.
Ini telah menghalang pergerakan penurunan harga selanjutnya yang membolehkan pembalikan kenaikan harga semasa berlaku ke paras harga 1.2000 yang mana gagal untuk menghentikan momentum kenaikkan harga yang berterusan.
Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat masih terperangkap di antara tahap harga 1.2500 dan 1.2200 sehinggalah harga menembusi pada salah satu arah pergerakkan (menaik atau menurun).
Pergerakan harian di atas tahap 1.2470-1.2500 diperlukan untuk mengesahkan kesinambungan corak flag kenaikan harga semasa dengan sasaran terletak di sekitar tahap 1.2750.
Walau bagaimanapun, tanda-tanda pembalikan pergerakan penurunan harga ditunjukkan di sekitar tahap harga 1.2400 (pergerakan arah aliran menaik yang digambarkan sebelum ini). Ini dimanifestasikan pada graf lilin harian yang menurun pada 8 Mac.
Itulah sebabnya, pasangan mata wang EUR/USD kekal terperangkap di antara tahap harga 1.2400 - 1.2200 sehingga berlaku penembusan harga pada kedua-dua arah aliran.
Sementara itu, corak pembalikan 'double top' yang digambarkan memerlukan penembusan penurunan harga pada tahap 1.2200 (garis aliran menaik yang digambarkan) pada urusniaga harian. Sasaran diramalkan berada di sekitar tahap 1.2070-1.1990.