
Kami masih menunggu penembusan harga yang kuat di atas tahap rintangan 1.7100 untuk mengesahkan kenaikkan harga yang seterusnya ke tahap 1.7536 dan 1.7744 yang mensasarkan harga ke tahap sasaran utama seterusnya pada 1.8437.
Kami telah melihat beberapa penembusan harga kecil di atas tahap rintangan 1.7100, walau bagaimanapun ia gagal untuk mengukuh dan oleh itu tidak dapat dilihat sebagai penembusan harga yang sah. Sokongan kecil jangka pendek yang terletak pada tahap 1.7047 secara idealnya dapat melindungi penurunan harga bagi membolehkan pasangan mata wang ini menembusi di atas tahap 1.7100, walau bagaimanapun, sekiranya tahap sokongan ini berjaya ditembusi, maka gelombang ii/ berkemungkinan besar akan bergerak ke tahap lebih rendah 1.6942 sebelum membuat kenaikkan baru yang lebih tinggi lagi.
R3: 1.7479
R2: 1.7249
R1: 1.7100
Pangsi: 1.7047
S1: 1.7025
S2: 1.6986
S3: 1.6942
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR pada tahap 1.7030 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.7000. Sekiranya harga berjaya menembusi stop loss, pesanan membeli EUR baru akan ditetapkan pada tahap 1.6955.