
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 1.2305 dan 1.2347. Oleh yang demikian, sokongan didapati terletak pada tahap 1.2305, yang mewakili tahap Penarikan Semula 38.2% Fibonacci. Oleh kerana harga masih berada di atas tahap Fibonacci 38.2%, pasaran kekal diniagakan dalam arah aliran menaik. Oleh itu, pasangan mata wang EUR/USD ini telah menyaksikan kenaikkan harga dari tahap sokongan baru 1.2305. Tahap 1.2347 bertindak sebagai titik pangsi harian pada carta 1H. Harga semasa ditetapkan pada tahap 1.2325. Penting untuk dinyatakan bahawa harga kini dalam saluran kenaikan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan bergerak di antara tahap 1.2305 dan 1.2445. Oleh itu, sokongan yang kuat akan dibentuk pada tahap 1.2347, sekaligus menyediakan isyarat jelas untuk para pedagang mengambil pesanan membeli dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.2305. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan 1.2347 (pivot), harga berkemungkinan besar akan meneruskan kesinambungan aliran menaik ke tahap 1.2445 untuk menguji rintangan harian 2. Melihat kepada carta masa yang sama, rintangan didapati terletak pada tahap 1.2413, 1.2445 dan 1.2477. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan stop loss anda pada tahap 1.2267.