USD/JPY
Pasaran ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah. Instrumen dagangan menurun dalam jangka panjang, dan menaik dalam jangka pendek. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di pasaran, sekurang-kurangnya pada dagangan jangka pendek. Harga naik sebanyak 220 pips pada minggu lalu, untuk menguji tahap bekalan 107.00, dan kemudiannya kembali semula di bawah tahap bekalan 106.50.

Tahap bekalan 107.00 telah menjadi penghalang utama untuk usaha kenaikan harga, memandangkan harga kini bergerak lebih rendah menuju ke arah tahap permintaan pada 106.00, 105.50, dan 105.00. Tinjauan pada pasangan JPY adalah menurun untuk minggu ini, dan untuk bulan ini, sekaligus menandakan bahawa dagangan membeli adalah tidak disarankan (kecuali dalam konteks jangka pendek). Diramalkan akan terdapat volatiliti yang tinggi pada pasangan JPY, yang kemungkinan besar akan memihak kepada aliran penurunan harga.