
Pasangan mata wang ini tidak memperlihatkan dagangan seperti yang telah kami ramalkan, oleh yang demikian, kami masih mengharapkan rintangan kecil yang terletak pada tahap 131.30 akan dapat mendorong kenaikkan semasa dari tahap 129.96 untuk membolehkan tekanan penurunan harga yang diperbaharui menuju ke arah sasaran jangka panjang untuk gelombang (E) berhampiran tahap 123.43. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa penembusan harga di atas tahap 131.30, akan menunjukkan bahawa gelombang B (E) masih sedang membangun dan rali yang lebih tinggi ke tahap132.82 masih boleh dilihat sebelum gelombang C beralih ke tahap yang lebih rendah.
R3: 131.74
R2: 131.30
R1: 130.92
Pangsi: 130.34
S1: 129.96
S2: 129.45
S3: 129.22
Cadangan Perdagangan:
Kami mengambil pesanan membeli separuh daripada pesanan biasa pada tahap 130.70 dengan stop + revers diletakkan pada tahap 129.90. Take profit + revers ditetapkan pada tahap 132.65.