Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-05T01:54:59

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 April, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 April, 2018

Gambaran Keseluruhan

Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan diniagakan dalam aliran menaik dari tahap 0.7245. Sokongan didapati terletak pada tahap 0.7245 yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% dalam carta 1H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.7245, manakala rintangan segera pada tahap 0.7302. Sehubungan itu, pasangan mata wang NZD/USD kini sedang menunjukkan isyarat kenaikkan harga susulan penembusan harga pada tahap tinggi 0.7270. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7270 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7302 untuk menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh ke tahap 0.7332. Juga, tahap 0.7332 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menaik; oleh yang demikian, kami meramalkan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan melonjak naik dari tahap 0.7270 sehingga mencecah ke tahap 0.7322 pada hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7245, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7209 berkemungkinan akan berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...