Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.9588. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9588, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kukuh pada tahap 0.9588, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6%. Sokongan ini telah ditolak beberapa kali sekaligus mengesahkan prospek kenaikkan harga pada minggu ini. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan diniagakan di antara tahap 0.9588 dan 0.9656. Oleh itu, sokongan dilihat terletak pada tahap 0.9588, manakala rintangan harian pada tahap 0.9630. Selain itu, kami menjangkakan bahawa pasaran akan menunjukkan tanda-tanda arah aliran menaik di sekitar tahap 0.9588. Dengan kata lain, pesanan membeli disyorkan di atas tahap 0.9588 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9630; dan diikuti pada tahap 0.9656. Sebaliknya, jika pasangan mata wang USD/CHF ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 0.9630 pada hari ini, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan harga sehingga mencapai ke tahap 0.9532 (sokongan utama).