EUR/JPY
Pasangan mata wang EUR/JPY diniagakan lemah dalam dagangan jangka panjang, dan agak neutral dalam dagangan jangka pendek. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa keadaan pasaran pada masa ini adalah sangat tidak menentu, tetapi ia diramalkan akan berakhir apabila kenaikkan harga berlaku di pasaran. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan membuat kenaikkan harga yang ketara di sini, berikutan ramalan kenaikkan harga pada pasangan JPY untuk minggu ini.
Zon bekalan yang masing-masing terletak pada tahap 131.50, 132.00 dan 132.50 berpotensi untuk dicapai apabila pergerakan menaik bermula. Kini terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di pasaran, dan ia akan menjadi lebih jelas sebagaimana harga kini sedang bergerak menuju ke tahap yang tinggi..