Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini baru sahaja menembusi di bawah garis aliran menaik urusniaga harian, yang akan mengesahkan pembalikan penurunan harga. Moving Average (MA) 20 kini telah telah beralih ke arah bawah, dan juga telah melintasi di bawah MA 50 (isyarat negatif). Selain itu, indeks kekuatan relatif dilihat tidak mempunyai momentum menaik. Oleh yang demikian, selagi harga tidak menembusi tahap rintangan 0.9610, kebarangkalian untuk pasangan mata wang ini membuat penembusan harga di bawah tahap 0.9550 adalah kekal tinggi.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 0.9610, dan take profit pada tahap 0.9550.
Tahap Rintangan: 0.9635, 0.9655, dan 0.9695
Tahap Sokongan: 0.9550, 0.9530, dan 0.9500.